INoradila.
+

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan PMR 2011

# Freedom

Assalamualaikum dan salam Sejahtera.
Dengan ini, berakhirlah sudah peperangan pelajar PMR 2011 di medan perjuangan. Berbekalkan ilmu dan doa. Alhamdulillah segalanya sudah berjaya digunakan sebaik mungkin di atas kertas jawapan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan PMR 2011 buat semua pelajar Tingkatan 3 batch 1996!
We will miss you PMR ! Really miss. Yela time PMR ni lah parents kita hantar makanan untuk kita, ni tak boleh makan, tu tak boleh minum, banyak pantang larang kan? Sakit sikit, terus belikan ubat. Balik sekolah suruh rehat. Tak bagi buat kerja. Tidur awal and macam macam lah, time ni lah kita rasa seperti dihargai kan? Tapi semua tu dah berlalu. Harini kena start buat kerja kerja kat rumah ni semula. Hahaiii, nasib kau laa Intan. Jemur kain, basuh baju, tolong masak, kemas rumah, and soooooo oooonnn. Memang aku lah yang kena panggil jawabnya. Ikhlass je lah!

Hihihiiii, wehh. Tadi dah habis exam happy gilerrr gilerrr gileeerrrr! Berapa banyak giler la weh. Lek laa weh, haha. 1 Jam 30 Minit duduk diam diam kat dalam dewan tu menghadap paper Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. Alhamdulillah, masih boleh jawab. Walaupun level sederhana. Tak berapa nak senang, tak berapa nak susah. Meanings ada yang boleh jawab and ada yang tak tau nak jawab apa T.T It's okay Intan, kau dah buat sebaik mungkin. Redha dan tawakkal je sekarang. Tapi, kitorang bukan calon terakhir yang merdeka okay. Budak yang amik subjek Bahasa Arab belum lagi. Diorang ada paper 1 lepas kitorang habis exam KHB tadi. Hee

Korang tau je la kan, pegawas peperiksaan semua muka ketat. Yela, nak jaga kitorang muka mana boleh manis manis, nanti kitorang buat bising. Haha tapi pegawas peperiksaan yang jaga kitorang semua macam  pemalas, duduk, memekak, makan. Haha ada yang pandang tersenyum-senyum lagi. Gatal dikau! Haha tapi tadi time kitorang dah habis PMR diorang cakap, "Wahh, dah merdeka ea" 

"Okay, selepas ini calon-calon akan menduduki peperiksaan di rumah masing-masing. Calon-calon dibenarkan berdiri dan terus pulang ke rumah. Bawa balik semua barang, botol air, I/C dan semua yang ada kat atas meja tu amik, jangan tinggalkan. Pusing belakang dan jalan baik-baik."

Haha okay, lebih kurang macam tu lah. Kalau tak sebelum ni mana ada nak bergurau macam tu. Kitorang bantai gelak time cikgu tu cakap yang lepas ni kitorang ada exam. Dia cakap slow motion je. Kitorang pon macam pelik lah, ada exam lagi ke? Lepastu rupanya dia nak cakap amik exam kat rumah sendiri. Hahaha! Keluar dewan tu muka semua happy tak terkata wehh, ceriaaa gilerr. Sukanyaa bila 'dia' ceria. Weeheee! Aku dah habis exam, kau dah? Hahaha.

| Newer Post